Thursday 8 December 2011

Murtadnya seorang muslim dan kafir memeluk Islam

Assalamualaikum wbt..

    Murtad.. Perkara yang jarang kita dengar tetapi perkara sebegini memang berlaku di dalam dunia Islam kita pada hari ini. Sesungguhnya jika dilihat perspektif kita sebagai seorang Islam, perkara ini dipadang endah tak endah. JANGAN dibiarkan perkara ini menular ke dalam masyarakat Islam kita. Pada pendapat saya, antara faktor berlakunya MURTAD ini adalah mungkin atas dasar kurangnya pengetahuan tentang agama ALLAH yakni Islam dan mungkin juga menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.Jika dilihat selapas kewafatan Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar telah menentang umat Islam pada ketika pada ketika itu. Hal ini telah menunjukkan bahawa Islam memang menentang Murtad sekeras-kerasnya.

    Jika kita lihat dan fahami, apakah Islam itu sebenarnya? Islam itu telah banyak mengajar kita cara hidup yang sungguh unik. Kita diajar dengan bantuan Al-hadis dan Al-quran yakni panduan kita sebagai Muslim. INGAT!! Jika kita tidak percaya tentang dua perkara ini, kita akan dikira sebagai seorang yang sudah terbatal iman yakni murtad. Kesemua rukun Iman jika kita tidak beriman juga akan menyebabkan kita keluar dari Islam.Buktinya, Cat Steven,Islam beliau yakni Yusuf Islam dan merupakan seorang, beliau mengatakan bahawa Islam itu tenang. Pertama kali beliau membaca tafsiran Al-quran, beliau berasa tenang dan jiwa beliau kosong. Setelah lama mencari agama dengan memeluk pelbagai jenis agama seperti agama hindu, buddha dan akhirnya beliau memeluk Islam... Syukur Alhamdulillah.

    Rakan-rakan seIslam ku, marilah kita bersama-sama menegakkan Islam dan membetulkan Iman kita. InsyaALLAH diberkati ALLAh..

   
"In the name of God, the Merciful, the Compassionate.
Say (O Muhammad) He is God the One God, the Everlasting Refuge, who has not begotten, nor has been begotten, and equal to Him is not anyone."

done by: haziqyussof

Doa Memberi Faedah..

Setiap orang yang beriman perlu yakin bahawa doa itu merupakan senjata kita sebagai seorang umat Islam. Doa yang dipanjatkan kepada Allah, Tuhan yang Maha Suci dan Maha Mengabulkan doa pasti memberikan faedah bagi kehidupan seseorang muslim. Memang kadang-kadang kita merasakan doa kita tidak dimakbulkan, kita banyak kali berdoa tetapi Allah tidak mengabulkannya. Kita sebagai seorang muslim seharusnya tidak mempunyai pemikiran cetek sedemikian, namun kita mesti yakin bahawa Allah akan memakbulakan doa kita namun bukan sekarang. Kita mestilah sentiasa ingat Allah Maha mengatur ketentuan alam. Di dalam hidup seorang muslim, jika doa kita belum dimakbulkan, inilah saat kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah yang esa. Semakin rapat kita kepada Allah, InsyaAllah doa kita akan lebih cepat dimakbulkan.

   Dalam era globalisasi hari ini, kita perlu lihat, lebih banyak halangan dan rintangan yang kita hadapi untuk menolak semua falsafah barat yang meracuni masyarakat pada semua peringkat umur, tidak kirala orang tua atau pun orang muda, namun kini juga pada peringkat kanak-kanak. Ya, memang setiap insan di dunia ini tidak akan sama sekali terlepas dari melakukkan dosa. Jangan kuatir, teruskan berdoa dan bertaubat. InsyaAllah diterima taubatmu oleh Allah yang esa.

   Bercerita tentang kehidupan remaja hari ini, sudah tentu remaja hari ini ingin mencari siapa diri mereka yang sebenar,ingatlah bahawa jalan yang lurus merupakan jalan yang benar, InsyaAllah diredhai Allah. Dalam kehidupan seorang muslim yang mempunyai pemikiran yang cetek sudah tentu akan berprasangka buruk terhadap majoriti perkara yang positif, peranan kita sebagai seorang yang bergelar Islam perlu mengembleng tenaga untuk bersama-sama membetulkan akidah mereka. Jangan lupa, Doa + Usaha + Tawakal = Kejayaan. Amin. Ada alim ulama mentakrifkan bahawa 70 peratus kejayaan merupakan doa kita kepada Allah. Sentiasa ingat Allah itu Ar-Rahman yakni maha pemurah.

   Saya merupakan seorang remaja, juga seorang pelajar yang masih umur setahun jagung, darah setampuk pinang. Sesungguhnya mecari jalan yang benar. Sentiasa mencari siapakah saya? Mana jalan yang perlu saya lalui? Selalu berdoa kepada Illahi hindarkanlah diri ku dari melakukan keburukkan. Jujur ketika umurku masih 13 tahun aku tidak tahu bagaimana untuk bersembahyang, tetapi saya tahu Islam. Oleh sebab itu, saya sentiasa berdoa untuk ditunjukkan jalan yang benar. Justeru saya diterima masuk ke sekolah berasrama penuh. Disitu Allah telah memakbulkan doaku. Dimana saya telah belajar bagaimana untuk bersembahyang, bagaimana untuk mengaji. Syukur Alhamdulillah.

to be continued.....
by:haziqyussof