Thursday 8 December 2011

Murtadnya seorang muslim dan kafir memeluk Islam

Assalamualaikum wbt..

    Murtad.. Perkara yang jarang kita dengar tetapi perkara sebegini memang berlaku di dalam dunia Islam kita pada hari ini. Sesungguhnya jika dilihat perspektif kita sebagai seorang Islam, perkara ini dipadang endah tak endah. JANGAN dibiarkan perkara ini menular ke dalam masyarakat Islam kita. Pada pendapat saya, antara faktor berlakunya MURTAD ini adalah mungkin atas dasar kurangnya pengetahuan tentang agama ALLAH yakni Islam dan mungkin juga menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.Jika dilihat selapas kewafatan Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar telah menentang umat Islam pada ketika pada ketika itu. Hal ini telah menunjukkan bahawa Islam memang menentang Murtad sekeras-kerasnya.

    Jika kita lihat dan fahami, apakah Islam itu sebenarnya? Islam itu telah banyak mengajar kita cara hidup yang sungguh unik. Kita diajar dengan bantuan Al-hadis dan Al-quran yakni panduan kita sebagai Muslim. INGAT!! Jika kita tidak percaya tentang dua perkara ini, kita akan dikira sebagai seorang yang sudah terbatal iman yakni murtad. Kesemua rukun Iman jika kita tidak beriman juga akan menyebabkan kita keluar dari Islam.Buktinya, Cat Steven,Islam beliau yakni Yusuf Islam dan merupakan seorang, beliau mengatakan bahawa Islam itu tenang. Pertama kali beliau membaca tafsiran Al-quran, beliau berasa tenang dan jiwa beliau kosong. Setelah lama mencari agama dengan memeluk pelbagai jenis agama seperti agama hindu, buddha dan akhirnya beliau memeluk Islam... Syukur Alhamdulillah.

    Rakan-rakan seIslam ku, marilah kita bersama-sama menegakkan Islam dan membetulkan Iman kita. InsyaALLAH diberkati ALLAh..

   
"In the name of God, the Merciful, the Compassionate.
Say (O Muhammad) He is God the One God, the Everlasting Refuge, who has not begotten, nor has been begotten, and equal to Him is not anyone."

done by: haziqyussof

No comments:

Post a Comment